20160125

Sebuah reviu filem: 'Jauh di Sudut Hati' aku rasa Z. Lokman merajuk dah. Kesian.

Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu
Pengarah: Z. Lokman
Rilis: 1984 ·  Genre: Drama, thriller (kot?), erotika (kot?)

Pelakon: Rose Iskandar, Mokhtarudin, Yusof Haslam,
Siti Rohani Wahid, M. Rajoli

Hai! Ini merupakan reviu kedua bagi filem kedua dan terakhir bagi slot Fiksyen Pulpa Malaysia di Wayang@Budiman anjuran Pusat Kajian dan Apresiasi Filem / PKAF: Jauh di Sudut Hati arahan Z. Lokman. 

Filem di sebelah ni (poster asal filem ni, sama juga dengan Anita: Dunia Ajaib, susah untuk En. Google cari; jadi, sekali lagi hasil kerja tangan Dr. Norman Yusoff yang dibikin khas untuk slot Fiksyen Pulpa Malaysia ni aku letak sebagai penghias) aku rasa jeritan hati pengarah ni yang dibuat awal-awal lagi sebelum dia dimamah arus irrelevance. 

Aku dengar Z. Lokman ni boleh dikatakan Voldermort dalam khalayak peminat dan penggiat filem tempatan sebab sebilangan besar karya-karyanya dianggap sampah. Dr. Norman beritahu bahawa filem ni dianggap sebagai 'trash exploitation' oleh cendikiawan filem tapi secara peribadi aku tak berapa nampak aspek sampah tu. Aku rasa, filem ni agak bijak dan lebih baik daripada filem dua minggu lepas, biarpun agak tak adil perbandingan ni sebab Omar Haji Md. Said tu baru jadi pembikin filem tapi filem ni pulak merupakan filem ke-3 Z. Lokman. Ah lantaklah. Filem hang buruk, maka perbandinganlah aku akan buat antara filem hang dengan filem Z. Lokman ni.

Nasib baiklah filem ni tak terlalu bercita-cita nak buat benda yang 'orang barat nak buat, aku orang Malaysia nak buat jugak;' walaupun sentimen tu masih ada, tapi dia buat rilek je. Lepas tu macam biasalah rencah filem lama: terlalu mengeksploit sesuatu aspek dalam genre yang nak diketengahkan sampai nampak agak haram jadah tapi masih terkawal dalam filem ni. Ya, bagi aku filem ni filem eksploitasi.

AMARAN: KALAU KORANG KISAH PASAL SPOILER, JANGAN BACA!

Filem ni mengisahkan sepasang suami isteri yang merupakan pemilik estet getah di Malaysia pada masa tu bernama Taufik (Mokhtarudin) dan Hazirah (Rose Iskandar) dalam memastikan perjalanan aktiviti di situ lancar sentiasa... tapi, apa barang kalau takde apa-apa konflik, kan? Nak dijadikan cerita, sebenarnya perihal estet tu lebih dijaga oleh Hazirah daripada Taufik yang simpan seribu satu rahsia... jauh di sudut hatinya, sejak mereka mula berpindah ke kawasan estet tu.

Filem ni, biarpun banyak subplot, tapi bagi aku lebih fokus daripada Anita. Sebabnya, kalau dah seorang bos jadi watak utamanya, nak-nak pulak dia yang kawal satu estet getah yang agak besar, memang macam-macamlah akan berlaku. Tapi dekat sini, tak ada pula klise Melayu di mana perempuannya yang perangai macam sial tapi lelakinya rasional dan klise moden yang depa ni acah-acah buat projek juta-juta bagai; filem ni actually tekankan kehidupan dan aktiviti yang dilakukan di estet dan, seperti yang aku cakap di atas, isteri bos yang lebih jaga estet tu! Paparan aktiviti yang ditonjolkan biarpun sikit-sikit je dia letak, tapi agak dense dan terasa sangat hidup sebab entah macam mana Z. Lokman dapat kawal hampir semua pemain utama, para pembantu, dan ekstra yang ramai! Dan menurut salah seorang penonton filem ni yang kebetulan memang membesar dekat estet, dia nampak yang Z. Lokman ni memang seorang yang buat kerja sebelum bikin filem ni; hampir semua kejadian dalam filem ni macam kes rogol, curi getah, pekerja bunuh diri, dan sebagainya, memang betul-betul pernah berlaku satu masa dulu!

Dari segi teknikal, jelaslah Z. Lokman lagi pandai kawal muzik dan shot. Dan aku nampak, depa tau shot yang depa ambik tu untuk apa. Walaupun teknik filem dulu hanya terhad kepada zoom, pan, dan close-ups, dalam filem ni, semua tu lebih terkawal dan smooth. Montaj pula dalam filem ni? Aku sangat maafkan. Sebab sebenarnya bagi aku masih ada fungsi; Hazira berjalan di kawasan pantai sorang-sorang sambil tengok keadaan sekeliling yang tenang turut membantu audiens menenangkan diri setelah disuap subplot yang agak banyak dan berat instead of semata-mata jadi muzik video yang sesat di tengah filem thriller. Cakap pasal close-up, mula-mula aku nampak kelakar bila M. Rajoli dan kawannya dok seksa seorang lelaki dengan menumbuknya dan bila Hazirah tembak Taufik lepas dia 'main' dengan pekerjanya tu. Tapi bila penonton lain filem ni ada cakap babak-babak macam tu seakan-akan mengambil semangat teknik popular Hitchcock dalam Psycho masa babak pembunuhan waktu mandi yang juga popular tu... aku masih rasa perlaksanaannya dalam filem ni nampak kelakar. Sekurang-kurangnya, Hitchcock pakai extreme close-up untuk kemungkinan menutup ralat kesinambungan, tapi itu tak berlaku masa babak-babak yang aku sebutkan tadi dalam filem ni.

Dari segi penyampaian ceritanya... erm... agak... Z. Lokman. Tak pernah aku nampak orang lain bercerita macam dia. Dialognya bapak celaka; di bahagian awal filem ni, dialognya agak suggestive yang ke arah seksualiti dan even ada babak bahasa isyarat tangan, ditambah dengan shot zoom-pan dan close-up yang agak awkward tapi berkesan:
  • Tang awkward zoom tu contohnya masa pengurus ladang tu nak masuk pejabat dia, kunci dia tak masukkan betul sambil-sambil salah seorang pekerja bercakap pasal... masukkan 'kunci' biar kena 'lubang' betul-betul, kalau tak tak boleh nak bukak. Macam jilake doh! 
  • Tang close-up tu contohnya masa Hazirah lepak dengan Taufik dan cuba nak buat hubungan kelamin; depa close-up kat tangan depa yang dok 'berjabat mesra,' lepas tu dengan suami buat muka gersangnya, lepas tu si isteri buat muka yang dekat-dekat macam muka 'O,' diiringi dengan muzik yang... rasa 'gatal' bila aku dengar. What was THAT about?
Lepas tu, ada babak yang aku rasa tak perlu letak tapi perlu jugak letak pada masa yang sama:
  • Babak gangster yang M. Rajoli lakonkan tu dok merapu dengan apa entah nama watak Yusof Haslam tu, sambil depa borak dengan nada yang agak hambar, kawan M. Rajoli ni pi bunuh orang yang depa seksa sebelum ni. Sumpah teringat dekat filem Sell Out! yang muzikal komedi gelap tu di babak permulaan filem yang aku cakap ni di mana 'pengarahnya' ditemubual di atas kredibilitinya yang sering buat filem hambar dalam keadaan temubual tu yang hambar sambil berlaku kekecohan di luar kawasan temubual tu yang disebabkan oleh tembakan dan tetakan pisau. Haha!
  • Babak paksa-rela Taufik dan salah seorang pekerjanya yang dijukstaposisi dengan pokok getah yang tiba-tiba lebat keluar susunya, lepas tu cut kepada Taufik dan pekerjanya baru nak pakai baju. Gatal!
  • Babak Komeng tersekat jarum dalam telinga dia, lepas tu pengurus estet tu cuba keluarkan jarum tu yang diiringi kesan bunyi menjengkelkan yang cerita 'komedi' di Malaysia sampai sekarang dok buat. Tup-tup, tiba-tiba jarum tu terkeluar tapi tercucuk dekat baju pekerja pejabat lain yang ada dekat situ; siap close-up dekat jarum tu aku tak faham. Motif?
Tapi, yang harus dipuji ialah sentuhan multi-threaded Z. Lokman dalam filem ni yang seperti aku cakap tadi pasal watak-wataknya. Dia bagi tau elok je satu-satu tanpa memeningkan kepala aku, dan terasa lengkap semacam setiap subplot tu sebuah filem pendek yang nampak jelas babak pengenalan, konflik, dan peleraianmya. Dan tema-tema sepeti penderitaan, pengkhianatan, dan penyelewengan, serta elemen jenayah dan sedikit elemen erotik dan tu semacam film noir bagi aku. Aku rasa tak melampau aku katakan bahawa bagi filem ni, aku anggap Z. Lokman sebagai Quentin Tarantino versi kurang bertuah sebab orang tempatan masa tu tak ada budaya filem yang kuat, jadi eksperimennya gagal di mata mereka dan penggiat seangkatan dengannya.

Pelik jugak filem ni antara flop-nya, lepas tu tak ramai pun yang kenal; sebab aku rasa filem ni sangat bagus bagi zamannya! Sayanglah dia ni tak sebertuah P. Ramlee. Aku rasa P. Ramlee pun ada ja buat pastiche macam ni, tapi entah macam mana kita punya penerimaan terhadap filemnya lagi hebat berbanding filem Z. Lokman? Marketing kot masalah? Atau macam aku cakap tadi; bukan rezeki dia nak buat filem macam ni pada waktu tu agaknya?

Tuntasnya, bagi Jauh di Sudut Hati ni, jauh di sudut hati aku, aku tak setuju dengan perletakan filem ni dalam slot Fiksyen Pulpa Malaysia yang tujuannya nak tayang 'filem Melayu tercorot dalam sinema Malaysia.' Filem ni bagi aku lebih kepada 'filem Melayu yang paling dilepas pandang dalam sinema Malaysia.' Aku jugak tak setuju tang filem ni digelar 'trash exploitation.' Bagi aku ya filem ni ada eksploitasi sikit, tapi jauh sekali 'trash'!

P/S: Eloklah kau merajuk. Kalau kau bawak sangat merajuk kau dan teruskan buat filem macam Toyol Nakal, lagilah orang nak maki kau Z. Lokman. Takpe. Rehatlah. Kasi orang lain pulak peluang. Kau dah buat yang terbaik di era 80-an. Serius.  

1 comment:

Alice Mohd said...

Mmg trkjut babak d Katil,cam xsesuai..trkjut of ttba Bini dia Marah smpai nak tembak org.trkjut kg ttba nampak plak punggung org.adoi. mmg trkjut melampau2. Tgk sbb mak tgk.🤦