20150923

Sebuah reviu filem: 'Polis EVO' kata depa yang gatai ketuk pintu!

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Penerbit: Joel Soh
Penulis: Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Adib Zaini
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Eyka Farhana, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul,
Harun Salim Bachik, Ayie Hushairi, Mimie Ernida, Amerul Affendi
Genre: Aksi
Rilis: 17 September 2015
Studio:
Tayangan Unggul
Pengedar: Astro Shaw

Tahukan anda apakah itu awkward moment? Awkward moment itu ialah di mana anda nak sangat tonton filem Kapsul, tapi end up terus tak selera nak tengok biarpun ada cameo lejen. Lepas tu tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut, tertarik dengan poster filem dalam entri ni. Tiba-tiba aku terus rasa nak tengok filem ni pulak. Tak tahulah macam mana boleh rasa tertarik. 

Mungkinkah kerana posternya? Nak kata minimalis, taklah kot. Banyak jugak layer dan effects diletakkan pada poster; finishing touch dekat kulit depa ni ala poster filem Hollywood jugak. Kiraan pelakon dalam posterkah? Ada juga beberapa nama besar lain dalam filem ni; heck, siap ada si comel Nora Danish pun. Tapi filem ni bukanlah sepenuhnya pasal SEMUA watak dalam filem ni! Filem ni pasal perbezaan dua kepala warga polis yang sangat berbeza; yakni si dua ekor dalam poster ni sahaja! Straight to the point!

Mungkinkah kerana trailernya? Ye kot. Aku dah tonton dua trailer filem yang pada asalnya telah diberikan suntikan semangat yang padu untuk aku sokong, yakni Kapsul dan Bravo V. Lepas tu baru aku sedar... yang dua-dua trailer tu nampak sakai gila dibuat disebabkan oleh footage filem yang digunakan tak nampak kualiti sinematiknya. Bila aku bandingkan dengan trailer Polis EVO pulak? Apa yang depa tease, itulah yang aku dapat dan lebih lagi! Footage yang ditunjukkan bagi trailer filem ni lebih rasa pawagam daripada trailer Bravo V dan Kapsul, maaf kata. Jadi, baik aku bet kat Polis EVO instead. Tiket bukannya murah oi!

Mungkinkah kerana teraju-teraju utamanya? Boleh kata jugak. Bagi aku, Songlap dah cukup untuk meyakinkan aku bahawa Shaheizy Sam ni seorang bakat tempatan yang tak boleh dilepas pandang. Zizan Razak pulak? Lepas kali terakhir aku tengok dia dalam KL Gangster 2 yang aku baru sedar terlalu mencuba dari segenap sudut yang termasuk humor dalam dialog dan perwatakan karakter Fadil, aku perlu tengok kebolehan dia bila digabungkan dengan Shaheizy Sam pulak. Ternyata rasa ingin tahu aku tu berjaya dijawab. Ini akan disentuh kot nanti.

Baik. Sekarang aku nak mula reviu. Oh ya. Reviu ni mungkin ada SEDIKIT SPOILER. Mungkinlah. Jadi, berhati-hati ya? Jangan kejut harimau, tau!

Plot filem ni sangat mudah. Filem ni pasal perjalanan kerjasama polis tempatan Terengganu, Inspektor Sani (Zizan Razak) dan polis KL, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) yang langsung tak sekepala dengan jayanya menentang sindiket pengedar meth warna merah bernama kod Syabu Naga yang dikepalai seorang taiko yang dilakonkan oleh Ayie Hushairi, di mana meth tu merupakan hasil ciptaan seorang cikgu kimia (aku assume dia ni cikgu kimia, lakonan Wan Hanafi Su) di salah sebuah sekolah di Terengganu.  

Aku rasa sebenarnya dari segi plot, aku dah kira suap spoiler kat hangpa. Agak straightforward. Macam dua filem lain yang aku dah tonton tahun ni, iaitu Mad Max: Fury Road dan Ant-Man. Tapi, macam mana para pembikin menyusun atur setiap dialog, babak, dan action set-pieces dia tu yang perlu diberi perhatian. Sungguh mantap lazat untuk sebuah filem tempatan!

Kedudukan muzik juga hampir sempurna; skor yang digunakan langsung tak menjelikkan dan digunakan tepat pada masanya. Aku panas kat muzik Polis EVO ni pun mungkin tak kena mengena secara terus pun dengan filem ni sendiri; aku panas kat muzik trailer dan lirik lagu tema filem ni je (yang dibuat oleh rappers purgatory pujaan muda-mudi bajet hip suka 'Hip-Hop' zaman sekarang yakni Joe Flizzow yang satu masa dulu pernah jadi lejen, dan SonaOne). Eh, kejap. Ini sebuah kritikan filem, bukannya kritikan muzik. Jadi baik aku berhenti kat sini. Oh ya. Sound dia terlalu convincing dan mendebarkan, aku jadi tak senang duduk. Terus aku ingat pengalaman aku masa tengok Mad Max: Fury Road. Wallawei!

Shot dan editing? Gila smooth dan flashy. Aku tak tau teknik apa depa pakai masa babak kejar mengejar guna kaki dan masa guna kereta tu; dia zoom, lepas tu pan sikit, tapi cepat dan steady je bergerak. Langsung tak ada gegaran. Shot tu sumpah aku boleh cakap money-shot! Aku sejujurnya jarang tengok filem aksi Malaysia buat macam tu. Juga sinematografinya yang secara langsung atau tak langsung nak showcase keindahan Terengganu Darul Iman; baik sisi urbannya, mahupun sisi desanya. Benda-benda kecik yang orang tempatan buat pun sempat jugak diambil untuk mengisi hampir setiap frame ni tapi dibuat secara natural dan tak dipaksa sampai kita ingat ni promo Cuti-Cuti 1Malaysia versi lebih edgy. Cumanya drone shot dengan signage "Allah Peliharakanlah Terengganu" tu rasanya dua kali dah cukup kot. Depa overuse pulak shot tu dari angle yang sama; cuma tukaq siang malam ja. That shit is so Michael Bay era Transformers pada pendapat aku (aku sejujurnya tak tengok pun Transformers si Bay ni, tapi Honest Trailers siri filem ni dah cukup untuk meyakinkan aku bahawa aku tak perlu tonton pun siri tu, dan dari situ aku tau Bay memang ada guna balik satu shot yang sebijik dua kali dalam satu filem yang sama, dan shot tu sebenarnya diguna semula daripada installment sebelum ni... cait!). Fast cut dan shot aksi jugak sama buat aku tak senang duduk, bila diadun dengan bunyiannya macam aku cakap kat atas tadi. Bukan senang filem Malaysia nak buat aku rasa macam tu tau! Tahniah kepada pengarah fotografi dan editor untuk hasil yang menakjubkan!

Oh ya. Kaitan filem ni dan Michael Bay. Dah terpampang di depan mata kot apa yang sama. Aku juga tak pernah tonton Bad Boys betul-betul, tapi nampaklah apa yang sama; yang selebihnya tribute kepada Bad Boys dan juga filem polis yang lain aku tau daripada Hot Fuzz arahan Edgar Wright. Konsep buddy cop tak sama kepala sebab suasana kerja mereka jugak berbeza. Dan letupan. BANYAK letupan.

Sekarang... lakonan! Maafkan aku panjang sikit hal ni.

Wow. Shaheizy Sam bagi aku memang betul-betul menjiwai wataknya sebagai seorang bad ass supercop! Dari perangai, sarcasm, sampailah keketakkan otot-otot dan aksi-aksi ngeri yang dilakukannya! Tapi masih manusia biasa yang mampu cair tengok Anis (Nora Danish) dan sedih pasal kisah gelap yang menimpa diri dan keluarganya yang menyumbang kepada kerjaya Inspektor Khai. Zizan pulak? Wow. Dalam trailer, diorang tak jual langsung pun yang Inspektor Sani ni seorang pak lawak dalam filem ni! Diorang cuma jual bahawa dia ni ada peranan yang sangat penting dalam Polis EVO. Kalau korang gelak kaw-kaw semata-mata kerana dialek Ganu dia, korang ni betul-betul tak sensitiflah. Dah dia bawak watak orang kampung Terengganu yang bangga dengan tempat dia, takkan nak cakap KL pulak? Yang lagi seronok tu, dia ni lawak gila dan jugak sepenting Inspektor Khai dalam perjalanan cerita filem ni! Ya, semua benda dalam filem ni cliche, tapi dinamik Zizan dan Sam ni antara yang membawa momentum filem ni ke depan! Ditambah pulak dengan chemistry antara watak keluarga Inspektor Sani dan ekstra serta watak pembantu yang lain yang nampak begitu genuine dan tidak dipaksa komedinya (kecuali Mat Yam tu; macam mencuba jugak ah... tapi tak dapat dinafikan yang itu merupakan sisi lakonan Amerul Affendi yang sangat lain!)! Itu antara yang menyebabkan kita tahu filem ni taklah 100% rip-off Michael Bay! Diorang tak jual kat komedi, tapi chemistry Zizan dan Sam dalam sebuah filem aksi berlatar belakangkan Terengganu! Komedi tu sideline je! Marketing power!

Bercakap pasal villain pulak, aku ada bau The Raid: Redemption sikitlah dari segi tahap penglibatan dan sikit rupa luaran depa. Hushairy Hussain (yang atas sebab tertentu dikreditkan sebagai Ayie Hushairi) ni dari segi rupa dan mannerism seakan amalgamation Tama dan Mad Dog, tapi tolak tepi kebolehan Mad Dog bersilat. Bila kawan aku cakap dia ni Jolok dalam Bunohan, baru aku perasan. Watak ni selain campuran Tama dan Mad Dog, kesialan Jolok pun ada terpancar sikit. Sayang dia ni underused sama macam Tama lakonan Ray Sahetapy tu; tapi korang masih tak boleh dilupakan yang depa ni masih kejam dan bermulut lancang dalam dialek tempatan masing-masing. Spotlight villain sebenarnya harus diberikan kepada adik-beradik botak yang tak banyak cakap tu; si hood merah bernama Jimbo (Pablo Amirul) dan abangnya berhood hitam yang aku tak tau nama watak dan nama pelakonnya. Aksi depa memang speak louder than words. Jimbo ni brute force dia dalam diam sikit; dia lebih psiko. Masa babak showdown Khai vs. Jimbo tu barulah dia punya timebomb meletup. Abang dia pulak jenis terjah. Tak cuba pun nak menyorok time buat hal kat hospital dan masa babak kejar kereta. Gila. Mungkin adik-beradik ni perlu diberi spin-off. Please, Ghaz, pleaaaaase?!

Koreografi aksi dan kesan khas? Wow. Tak perasan kekoknya dan cacat celanya. Semuanya nampak sangat terancang dan sangat meyakinkan; lagi-lagi masa shootout terakhir tu yang sangat huru-hara. Susah nak percaya shot babak-babak aksi yang hampir sempurna dalam filem ni ada trial-and-error rupanya. Tembak-menembak! Peluru menyembah pasir! Darah terpancut! Aksi kejar kereta yang mendebarkan! Street fight! Letupan dan kehancuran harta benda (semangat Michael Bay sangat kuat celah ni; in fact, kalah bilangan letupan dan kehancuran KL Gangster kot)! Semua ni rakyat Malaysia mampu buat! Sungguh aku tak sangka! Gila! Gila!

At last but not least... kesungguhan depa buat kerja rumah. Easter eggs karya luar yang depa buat rujukan bersepah dalam filem ni! Babak abang Jimbo kat luar hospital tu mengamuk tembak Uzi atas kereta? Aku terus teringat babak pinakel yang epik dalam Scarface; di mana Tony Montana melakukan perkara yang sama dalam filem tu, cuma Tony pakai senjata lain, shootout tu berlaku dalam rumah agam dia sendiri, dan dah berlubang-lubang baju dan bermandi darah badannya; tapi abang Jimbo tu rilek je tak ada apa. Pengaruh Michael Bay aku dah cerita kat atas; cuba cari sendiri. The Raid: Redemption pun aku ada nampak; contohnya macam apa aku cakap tadi, watak Ayie Hushairi tu dan juga shot pasukan S.W.A.T. Malaysia kat belakang lori tu. Tapi ni yang paling penting; filem ni merupakan surat cinta paling manis kepada Breaking Bad! Mungkin ramai yang akan kata diorang ni mencedok habis idea daripada siri TV Breaking Bad (yang sampai la ni tak habis tengok lagi, cet) ciptaan Vince Gilligan dan diterajui Bryan Cranston sebagai Walter White / Heisenberg untuk saluran AMC di Amerika Syarikat. Tapi, secara peribadinya aku rasa ini lebih kepada tribute daripada mencilok. Meh tengok apa depa campak dalam filem ni: Meth biru tukaq meth merah?! Meth tu ada nama jalanan dia sendiri (Blue Sky = Naga)?! Cikgu sekolah pulak tu yang buat?! Bahan kimia P2P?! Sut Hazmat?! Dan poster Heisenberg masa babak telefon tu?! COME ON! Diorang tak cuba pun nak tutup fakta tu! Depa siap mengaku secara terang-terangan tapi halus yang depa buat tribute kepada Breaking Bad bagi mereka yang tak tonton dan follow siri tu dengan bagi semua Easter eggs ni! Walaupun aku bukanlah kipas-susah-mati Breaking Bad, tapi aku ada fangasm sikit bila tengok Easter eggs yang ditunjukkan!

Sebelum aku tamatkan reviu ni, aku ada satu nasihat. Hoi, Aaron Aziz! Kalau hang nak buat buddy cop film yang ada unsur komedi, hang patut buat macam apa Ghaz Abu Bakar buat ni! Buat betul-betul! Aku tak sanggup nak hadam Romeo Kota betul-betul masa keluar kat TV3 time Aidilfitri hari tu, sebab kau terlalu mencuba dalam segala-galanya. Nak kata kau harapkan muka dan badan sado kau serta pelakon kau, takdelah hensem dan cantik mana pun. Teknikal pun hancur. Argh! Geram! Filem yang nampak sangat nak tiru Bad Boys meets 21 Jump Street ni terus jadi It's So Baaaad... Boy

Akhir kata, tolonglah. Tolonglah, rakyat Malaysia. Aku merayu. Tak payahlah nak tunggu Astro First. Tak payahlah korang tunggu orang rip Astro First untuk korang lanunkan. Tak payahlah tunggu nak Raya je. Tolonglah tengok kat pawagam SEKARANG JUGAK! Aku yakin perasaannya takkan sama. Kalau korang betul nak tengok hiburan berkualiti yang tidak membodohkan pelakon mahupun audiensnya biarpun bergenre yang kira Malaysia ni dah habis pakai bagaikan dok pukul kuda yang dah mati tak habis-habis, silalah tonton filem ni cepat. Aku rasa filem ni akan bertahan lama jugak; sebab mana pernah dalam sejarah tontonan aku kat MBO Space U8, Shah Alam ada ramai orang datang! Lebih mengejutkan bilik Polis EVO semalam ada LEBIH daripada 10 orang; hampir separuh panggung masa aku tonton semalam! Jangan buang masa! Lupakan hasrat nak tengok Hitman: Agent 47 dan The Transporter: Refueled! Ini lebih memberikan nilai kepada tiket anda yang dah termasuk GST tu!

Sekian.

P/S: Tak sangka Ghaz ni orang yang sama direct muzik video minimalis Bukan Hal Aku oleh Kaka Azraff dan Sleeq (ironinya, Sleeq ni pernah muncul jadi cameo yang terlalu diagung-agungkan dalam Romeo Kota yang aku kutuk kat atas... sebab Aaron Aziz tu boss besar depa) dan juga pengarah Cicak-Man 3 yang orang tak berkenan sangat tu. Sebab nilah aku rasa nak tengok jugak Tokan; di mana filem ni turut ada Zizan Razak dan Wan Hanafi Su di dalamnya.

No comments: